Hari ini kembali membuka blog untuk di edit..... Sempena Kursus TMK Plug in PPD Subis..... Macam tanda-tanda akan berpindah untuk tahun ini....
Monday, October 20, 2014
Saturday, February 5, 2011
Anak kelahiran Miri
Wednesday, August 11, 2010
Friday, February 5, 2010
Kamik Guru Tahun 2
Dari Kerunai, masuk Banun dan terus ke Bungai kamik asyik jumpa tahun 2 jer..... apa istimewanya tahun 2.... semua tahun 2 memeningkan kamik.......
Budak tengah naik... tu sebabnya kamik pening....
Saturday, January 30, 2010
Evoku dari Semenanjung telah sampai
Maaf ler kamik tak sempat nak masukkan entry2 baru.... entry baru nanti ler... Kamik/yek/saya mau madah pasal evo kamik yang sampai dari semenanjung naik kargo kapal terus sampai ke Kuching naik treailer sampai ke Boulevard, Miri.... Lebih kurang seminggu kamik duk runsing tentang Evo kami ni.... sihat ke dia, barang kena curi ke? Alhamdulillah Evo dan barang2 kamik elok2 belaka. Terima kasih ler geng2 kargo jaga kereta kamik elok2...
Sunday, January 10, 2010
Ke Miri, Serawak
25 hb 12 2009, kami berangkat ke airport Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi dari Machang, yek sembahyang Jumaat bersama ahli keluarga pengiring di Masjig parang Puting. Selepas solat lebih kurang 2.30 ptg yek dan aweks masuk ke balai berlepas. Pukul 3.00 petang kapal terbang AIR ASIA ke LCCT pun berlepas. Yek terperasaan aweks yek mengalir air mata. Hampeh aweks ni.
Sampai di LCCT, aweks membawa yek ke food court di terminal tambang murah tur. Maklum ler yek mana tau tempat-tempat pelik gini. Yek kan dari hutan Banun.
Semasa kami makan melintas YB Zulkefli Mamat Adun Pulau Chondong bersama keluarganya yang baru pulang dari Bangkok. Kami pun bersalaman dan bertegur sapa.
Selesai makan nasi ayam dan air milo, kami terus menunggu bas untuk ke KLIA. tambang cukup murah iaitu RM4 untuk 2 orang. Lain kali tak payah ler pengujung blog ni naik teksi dari LCCT ke KLIA sebab tambang RM40.
Di KLIA, kami banyak merewang ke sana ke sini sebab flight kami pada pukul 8.45 malam kerana delay.
Kami sampai ke Airport Miri pada pukul 11 malam. Untuk sampai ke rumah di Taman Tunku kami terpaksa menunggu lama kerana teksi tiada, Akhirnya kami mendapat teksi pada pukul 11.45 malam.
Keesokkan harinya kami menggunakan kereta Myvi Rospa dan yek pun merancang program untuk ke Kampung Bungai untuk melihat sekolah. Kami bertolak ke sana lebih kurang pukul 10.00 pagi selepas membuat persiapan untuk berkelah di pantai Bungai.
Yek merasa terpegun dengan kemewahan sekolah yek hahahahahahahahahaha
Jalan utama Miri ke Bintulu
SK Kg Bungai
Berkelah di Pantai Bungai
Saturday, January 9, 2010
URUSAN PERTUKARAN DI JPN PERAK
Waktu cuti bulan 12 selepas seminggu majlis menyambut menantu di Machang, yek membawa orang baru ke Perak bagi menguruskan proses perpindahan dari Perak ke Sarawak di JPN Perak. Dalam proses tersebut, yek berjaya menguruskan karga kenderaan dan barang, waran tiket sehala ke Miri dan tuntutan perjalanan/loging/5 hari sebelum dan 3 hari selepas. Tuntutan ini yek hanya dapat RM800 jer sebab yek hanya layak tuntut perjalanan kerana yek dah minta kargo. Kesemua tuntuan ini layak sekiranya tertulis layak di surat arahan pertukaran.
Selepas proses ini berjaya, yek membuat bebrapa program untuk aweks yek ni... huhuhhuhaaaa
Puncak Titiwangsa
Bergambar di Pra Sekolah SK RPS Banun
Sepagi di Majestic hotel. Takut, macm berantu jer hotel ni... nak tidur tak lena. balasan bagi orang kedekut nak jimat......huhuuu
Sepetang di Zoo Taiping
Perjalanan pulang ke Kelate. Singgah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan pusing2 di pekan Kuala Kangsar untuk shopping kain.